Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul
bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa
soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita
di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi
jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah
Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada
diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan
bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah
betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali
pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti
menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di
kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling
besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang
paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat
179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu
murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan
adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala
tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia
sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi.
Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan
baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah
ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling
ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam
Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang
paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah
dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan
dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu
muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah
betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah
maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya
perbalahan dan perpecahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan