Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie
IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga
mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka
bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang
tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai
kawan.“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang
menolong ketika susah.”“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari
sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun
tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”Imam Al-Syafie turut
meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa
ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya: “Jika seseorang tidak dapat
menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan
jangan bersikap belas kasihan kepadanya.“Banyak orang lain yang dapat menjadi
penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.“Dalam hati masih ada
kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.“Tidak semua
orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas
dengan sikap tidak sopan.“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak
ada gunanya cinta yang dibuat-buat.“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat
kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.“Dia akan memungkiri jalinan
cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi
rahsia.”Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa
persahabatan.Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf
dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara
permusuhan.“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.“Aku
nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang
kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan