Menabung ? Nampak macam benda remeh syak kan.Tapi banyak kegunaannya ni.Banyak faedah menabung ni walaupun sekadar menabung duit syiling syak.Tapi ianya amat berguna untuk diri sendiri.Ya memang lah menabung ni perlukan masa yang lama baru kita dapat nampak hasilnya.Tapi tidak apa kita buat pelan-pelan,tabung sikit-sikit.Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"..Mungkin bagi segelintir orang menabung ni tidaklah penting betul tapi bagi aku ianya penting sebab aku bukannya datang dari keluarga yang berada(kaya)..
Aku masih ingat lagi,dari kecil lagi aku selalu di didik oleh orang tua ku untuk menabung duit syiling.Alhamdulillah aku dapat gunakan duit yang aku tabung dari aku kecil sehinggalah aku besar untu membayar yuran pengajian ku di U ni.Aku rasa bangga lah sebab dapat membayar yuran dengan sendiri,itupun duit dari hasil aku menabung.Yala,mau harap keluarga tu bagi aku ianya amat menyusahkan keluarga ku sebab bukan hanya aku yang di tanggung oleh keluarga ku syak.Abang aku pun masih bersekolah so dia pun masih memerlukan pembiayaian dari keluarga kami.
Lagipun cuma bapaku syak yang menanggung kami sekeluarga,mamak tinggal rumah buat semua kerja rumah.Mau harap abang yang sorang lagi tu tidak boleh sebab dia sudah ada anak.Start umur aku 11 tahun aku sudah mula bekerja sendiri semasa cuti panjang persekolahan.Cari duit untuk beli keperluan sekolah untuk tahun akan datang.Setiap tahun aku mesti bekerja untuk mengurangkan beban keluarga.Walaupun tidak banyak membantu tapi adalah lah kalau ada biarpun sedikit.Time kerja tu barulah aku dapat merasakan kepenatan,kesusahan,keperitan bapaku mencari rezeki untuk menanggung keluarga kami.Memang penatlah kerja tu,lain lagi ditambah dengan tekanan yang dihadapi semasa bekerja tu.Aku masih teringat time aku mau jalan ke Sarawak untuk melanjutkan pelajaran ku.Sarawak ni bukannya dekat dari kampung ku.Perjalanan mau p sini pun kena menggunakan duit juga.Time tu aku sedih lah juga tengok bapaku untuk mencari duit sebagai bekal ku semasa p sini.Nasiblah aku ada menabung so aku keluarkan lah sedikit duit aku dari akaun ku untuk kos perbelanjaan ku ke sini.Happy lah juga sebab dapat mengurangkan beban orang tua ku.Sehingga kini aku masih amalkan ajaran mamak dan bapa ku iaitu MENABUNG !
Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan