Rabu, 4 Disember 2013

Masuk "U"

Masuk "U" ? Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki ke universiti selepas tamat persekolahan menengah.Cara belajar di U ni sangat berbeza dengan di sekolah dulu.Bukan cara belajar syak yang berbeza,cara hidup pun lain juga.Ni first time aku tinggal asrama selama aku belajar so time first datang sini rasa macam kurang selesa lah sikit,yala tempat baru kan so belum dapat menyesuaikan diri lagi tapi Alhamdulillah setelah berusaha untuk menyesuaikan diri akhirnya aku dapat juga untuk melakukannya setelah hari demi hari ku tempuhi di tempat orang tanpa ditemani oleh keluarga.
Banyak pengalaman baru yang aku dapat time masuk U ni.First time aku naik pesawat ialah time aku mau datang ke Sarawak ni.Datang tanpa di temani oleh family lagi tu.Start aku menaiki pesawat untuk terbang ke Bintulu Sarawak ni lah aku baru belajar berdikari.Sedih juga terpaksa meninggalkan keluarga,kawan-kawan n kampung.Tapi apa boleh buat lah,sudah namanya juga mau cari ilmu so terpaksa la berkorban untuk mencapai cita-cita agar dapat membalas jasa kedua orang tua ku.
Setiap perkara yang terjadi pasti ada baik dan buruknya.Kelebihan aku datang ke sini adalah aku dapat banyak pengalaman baru,kawan-kawan baru,gaya hidup yang baru.Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan kan.So kira ok lah aku datang sini dapat menikmati keindahan bumi Sarawak ni.Kekurangannya pula ialah aku terpaksa berpisah dengan orang-orang yang tersayang.
Sekarang ni aku baru melangkah ke semester ke2 di UPMKB ni,apa yang aku harap ialah aku dapat memperbaiki diri,memperbaiki kesilapan yang pernah aku buat sebelum ni semasa semester pertama.Yang paling penting ialah aku mau memperbaiki keputusan aku untuk semester ni.Bukan senang mau masuk U ni,aku ni dapat pun nasib-nasib syak.So aku mesti gunakan kesempatan ku ini untuk mencapai cita-cita ku.Apapun semoga aku berjaya menamatkan pembelajaran ku di sini(aamiin).

====
"UPMKB"=






Tiada ulasan:

Catat Ulasan