Start umur aku 9 tahun aku dah mula bermain bola,menonton bola dan bermain game bola.Hampir setiap hari aku main bola dekat kampung.Aku masih ingat dulu bapa ku pernah berkata "kau ni tidak sesuai main bola,kau tu gemuk" haha.Aku jawab kata-kata bapaku itu "apa boleh buat pak,sudah juga namanya minat.Saiz badan tu belakang cerita apa yang penting kemahiran dan semangat bermain tu".Alhamdulillah aku penah bermain untuk pasukan bola sepak sekolah dulu semasa berada di tingkatan 5.Aku terpilih sebagai penjaga gawang time tu.Punya ramai orang tidak percaya aku dapat mewakili sekolah untuk pasukan bola sepak.Hahaha,aku pun tidak tahu kenapa ramai yang tidak percaya..Semas berada di semester 1 dekat Universiti Putra Malaysia ni aku diajak oleh rakan untuk bermain di pasukannya dalam pertangingan Futsal Sempena Hari Kemerdekaan.Alhamdulillah,walaupun kami tidak menjadi juara dalam pertandingan tersebut tapi kami berjaya masuk ke final dan kami berjaya menduduki tempat kedua(Naib Johan) semasa pertandingan tersebut.
Walaupun ada sesetengah orang mengatakan orang yang bermain bola ni seperti orang yang kurang bijak(bodoh),lepas bola tu diitendang dikejar plak balik..Hahaha.Whatever ! Apa yang penting bola tu banyak kelebihannya salah satunya ialah mendatangkan kesihatan dah juga namanya sukan mesti mendatangkan kesihatan kan.Bermain bola ni juga dapat menambah ramai kenalan dan kawan.Best main bola ni,banyak faedahnya.
TEAM IDOLA !! CHELSEA FC |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan